Lelaki ‘libas’ bapa saudara hingga maut direman 7 hari

Sitiawan: Lelaki yang melibas bapa saudaranya dengan mesin pemotong rumput hingga maut di sini, semalam direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek berusia 34 tahun itu direman bermula hari ini hingga Selasa depan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ujian awal saringan air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam dilaporkan lelaki maut dilibas dengan pisau mesin pemotong rumput dalam pergaduhan di sebuah rumah.

Mangsa yang berusia 51 tahun sebelum itu dikatakan bergaduh dengan anak saudaranya di hadapan rumahnya kerana perselisihan faham.

Suspek didakwa mengambil mesin pemotong rumput lalu melibas ke arah kaki mangsa dan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan serius di kaki kiri.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker