Aliran trafik di lebuh raya arah utara perlahan

Kuala Lumpur: Aliran trafik di lebuh raya menghala ke utara dari Tapah ke Gopeng perlahan berikutan ramai yang masih mengambil peluang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, aliran trafik di laluan itu perlahan sejauh 8.3 kilometer namun di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur lancar di kedua-dua arah.

Tinjauan Bernama di Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak juga mendapati jumlah kereta semakin meningkat tetapi perjalanan masih lancar.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad semalam mengumumkan umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini.



Sebelum ini, ramai menjangkakan Aidilfitri akan disambut pada 3 Mei namun kerana hari cuti umum Hari Pekerja yang jatuh pada Ahad menyebabkan ramai sudah memulakan perjalanan balik kampung bermula Jumaat minggu lalu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker