Netizen Kecam Baby Shima Lawat Kubur Kristian

Gara-gara berkongsi video melawat kubur Kristian di saat umat Islam meraikan bulan Syawal, penyanyi Baby Shima menerima kritikan netizen di media sosial.

Rakaman tersebut memaparkan dia memakai baju kurung hitam sambil memegang payung ketika menziarahi sebuah kubur yang difahamkan milik mendiang datuknya.

Tolong hormat!

Enggan membiarkan terus menjadi bualan ramai, Shima, 27, menyatakan dia mempunyai ramai saudara-mara Kristian dalam kalangan keluarga.

Pemilik nama Nor Ashima Ramli memberitahu dia sudah merujuk kepada ustaz mengenai hukum melawat kubur berlainan agama dan katanya tidak salah dalam Islam.

Saya ada ramai saudara-mara Kristian. Atuk dan nenek, ada Islam, ada Kristian. Jadi tolong hormat.

Boleh saja ziarah kubur bukan Islam. Saya dah tanya pada ustaz. Tapi ramainya yang acah-acah ustaz menjatuhkan hukum.

Payah bila rasa ilmu tinggi sangat. Semua tak kena! Bila kesalahan sendiri buat-buat tak nampak.

Sampai mati tak maafkan

Geram dengan sikap netizen yang tak henti melontarkan kata kesat, pelantun lagu Lalai tidak akan memaafkan tindakan itu.

Sumber: Instagram @babyshimaofficial

Leave a Reply