Pemain wanita sepak kemaluan pengadil lelaki



QUITO: Bintang bola sepak wanita, Shirley Caicedo dilayangkan kad merah kerana menendang kemaluan pengadil.

Pemain tengah itu beraksi bersama Leonas del Norte dalam saingan Liga Super Wanita Ecuador.

Pemain berusia 19 tahun itu membantu pasukannya mendahului pada aksi di laman sendiri menentang Club Nanas.

Namun aksi bertambah tegang apabila pelawat mendahului 2-1 pada masa tambahan.



Caicedo terlebih dahulu menendang bola ke arah pengadil namun nyaris mengenai kepala pegawai perlawanan itu.

Dia kemudian menyertai rakan sepasukan menyerbu ke arah pengadil sebelum menendang kemaluan pegawai berkenaan sebelum ditenangkan oleh rakan sepasukan.

Pegawai perlawanan itu bagaimanapun tetap bertahan walaupun berdepan kesakitan.

Persatuan Bolasepak Ecuador sudah menjalankan siasatan dan pemain panas baran itu berdepan penggantungan untuk jangka masa panjang.

Ini bukanlah insiden pertama membabitkan pengadil yang berlaku sejak minggu lalu.

Di Brazil, perlawanan menjadi kecoh apabila pemain lelaki yang dilayangkan kad merah cuba menyerang pengadil wanita.

Pemain Nautico, Jean Carlos tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil ketika aksi berdepan Retro namun sempat ditahan oleh rakan sepasukannya.

BHOnline

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker