Pemangku Raja Pahang meriahkan rumah Terbuka MB



Pemangku Raja Pahang, Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar Duli memeriahkan suasana rumah terbuka Menteri Besar Pahang pada 3 Mei 2022.

Kehadiran Tengku Hasanal menarik perhatian rakyat Dun Jelai untuk bersama Baginda di Laman Sejahtera Sg Koyan 1.

Baginda meluangkan masa hampir 3 jam untuk bersama rakyat dan mengambil peluang beramah mesra serta menyampaikan wang Hari Raya kepada rakyat.

Baginda yang diiringi Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail kelihatan sangat gembira dengan sambutan yang diberikan.



Dalam pada itu, Wan Rosdy turut menasihati rakyat Pahang untuk berhati-hati di jalanraya semasa pulang ke destinasi masing-masing. 

Beliau memuji pemandu yang pulang ke kampung apabila mereka telah merancang perjalanan dengan informasi yang disediakan menerusi pelbagai hebahan.

Difahamkan hampir 8 ribu pengunjung hadir ke Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Pahang pada tarikh tersebut.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker