Polis datang ‘jemput’ ke balai

Kulim: Lagak dan aksi ‘wheelie’ serta ‘scorpion’ dipamerkan dua remaja ketika menunggang motosikal mengundang padah apabila mereka ‘dijemput’ polis di rumah masing-masing, hari ini.

Terdahulu, aksi berbahaya dua remaja terbabit dikesan dalam satu rakaman video berdurasi 22 saat di laman sosial seorang pemilik akaun Instagram pada 8 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussain berkata, dua remaja lelaki berusia 18 dan 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Fasa 5 Keda Nagalilit dan Kampung Sungai Seluang Bawah, di sini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim membuat semakan melalui nombor pendaftaran motosikal dan berjaya menjejaki dua remaja berkenaan.



“Hasil siasatan awal, dua remaja berkenaan mengaku mereka individu sama yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi berbahaya itu.

“Seorang daripadanya bekerja sebagai buruh manakala seorang lagi adalah pelajar di sebuah sekolah menengah,” katanya.

Menurutnya, dua remaja berkenaan dibawa ke IPD Kulim dan kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

METRO



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker