Tawfiq dan Zeti ; apa tindakan Pejabat Peguam Negara?

 

Siasatan terhadap penglibatan Tawfiq Ayman dan Zeti Aziz telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. Namun demikian, sehingga hari ini tiada sebarang tindakan dimaklumkan kepada umum.

Rakyat masih ternanti apa kesudahan kes melibatkan bekas Gabenor Bank Negara dan suami yang turut didedahkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Pendedahan Tim Liessner mengenai Tawfiq mengejutkan walau cuba dinafikan beliau. Mengapa tiada penafian dari Zeti atau Tawfiq apabila Tommy Thomas mendedahkan penglibatan mereka?

Agak musykil jika meneliti perjalanan siassatan serta penglibatan nama-nama besar dalam skandal 1MDB dan SRC.



Mungkinkah ada kaitan pengetahuan samada Zeti atau Tawfiq mengenai Nazlan Ghazali dalam isu SRC dan 1MDB?

Tidak mustahil ‘mereka-mereka’ ini mengetahui sesuatu namun mulut ditutup apabila diarahkan ‘KEPALA KONSPIRATOR’ mengarahkan mereka berdiam diri.

Setakat hari ini, masih belum ada respon atau pergerakan dari pihak Pejabat Peguam Negara mengenai apa tindakan seterusnya yang akan diambil terhadap siasatan yang telah diserahkan.

Isu berkaitan ‘konspirasi’ melibatkan 1MDB dan SRC semakin menarik perhatian seluruh negara apabila Raja Petra melakukan pendedahan terbaru melibatkan Nazlan Ghazali.



Semakin menarik isu ini dan dapat disimpulkan sememangnya berlaku konspirasi tertinggi untuk mengenakan seseorang manakala yang terlibat ‘merembat’ wang SRC dan 1MDB terlepas dari sebarang tindakan undang-undang.

Tangkap Zeti dan suami, semua akan terbongkar

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker