JPNP gagalkan cubaan pindah balak hutan simpan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bentong: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menggagalkan cubaan sindiket membawa keluar balak pelbagai saiz dari Hutan Simpan Kemasul Tambahan Bentong, di sini pada Syawal ke-3, kelmarin.

Pasukan Unit Penguat Kuasa Barat (UPKB) JPNP dan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong sebelum itu menerima aduan awam berhubung perkara berkenaan sebelum melakukan serbuan di Kompartmen Tiga hutan simpan itu.

Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) JPNP Nor Azirim Ahmad berkata, pemeriksaan dilakukan menemui tiga tunggul balak jenis Meranti dipercayai ditebang pihak tidak bertanggungjawab dan longgokan 65 batang kayu bergergaji pelbagai saiz.

Katanya, kayu dipercayai untuk dijadikan tiang pagar kebun dan rumah dengan nilainya antara RM3,000 ke RM4,000 mengikut harga pasaran.



“Aktiviti dipercayai dilakukan tiga individu tempatan yang berkemahiran dan aktiviti pencarian kayu berikutan permintaan tinggi masyarakat,” katanya hari ini.

Nor Azirim berkata, perbuatan menceroboh hutan simpan, menebang pokok dan membelah balak adalah salah di sisi undang-undang, malah pihaknya sentiasa melakukan penguatkuasaan terutama apabila menerima aduan meskipun pada musim perayaan.

“Kita akan berusaha mengesan individu yang terbabit dengan pencerobohan ini dan tindakan boleh diambil mengikut Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya yang berharap masyarakat sentiasa melaporkan kepada pihaknya sekiranya mempunyai maklumat berkaitan pencerobohan hutan.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button