Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya

Sungai Buloh: Pemandu e-hailing tinggalkan pelanggan di tepi jalan. Itu situasi malang dihadapi seorang wanita apabila ditinggalkan sendirian di lorong kecemasan di Kilometer 452 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan.

Difahamkan, mangsa ditinggalkan tanpa sebab oleh pemandu e-hailing terbabit.

Bagaimanapun, wanita yang identiti dan umurnya belum dikenal pasti itu bernasib baik apabila dibantu anggota polis kenderaan peronda lebuh raya (EMPV), Koperal Mohd Jefri Yaakob.

Difahamkan, Mohd Jefri bertugas di Sektor A1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) segera menghulurkan bantuan ketika melihat mangsa bersendirian di kawasan berkenaan.

Malah, Mohd Jefri juga dilaporkan menghantar wanita terbabit pulang ke rumahnya di Taman Bandar Tasek Puteri Rawang yang juga berada berhampiran sektor kawasan tanggungjawab Petugas Empv terbabit.

Harian Metro kini sedang berusaha mendapatkan ulasan daripada pihak berkuasa mengenai insiden berkenaan.

METRO

Leave a Reply