Suhu -42 darjah Celsius

New York: Walaupun suhu turun mendadak dan kelajuan angin meningkat merentasi timur laut Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu, namun tiada kawasan yang mampu menyaingi keadaan sejuk di atas Gunung Washington di New Hampshire di negara itu.

New York Times melaporkan, pada ketinggian 1,917 meter, gunung itu adalah puncak tertinggi di timur laut AS dan terkenal dengan lokasi antara cuaca terburuk di dunia.

Rekod baharu cuaca paling sejuk pernah direkodkan adalah -42 darjah Celsius, dicatatkan pada Jumaat di puncak Gunung Washington.

Rekod sebelum ini adalah -39.4 darjah Celsius.



Suhu di atas gunung mencecah serendah -47 darjah Celsius pada awal pagi Sabtu, yang menyamai rekod sebelumnya pada 1934.

Mereka yang berada di menara Balai Cerap Gunung Washington dapat melihat pemandangan salji.

Sementara itu, ahli meteorologi kakitangan di Balai Cerap Gunung Washington, Francis Tarasiewicz berkata, bunyi angin di situ seakan-akan seperti kereta api.

“… sejuknya terasa seperti sengatan lebah,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker