PPBM sebenarnya “main wayang” keluar PH

 

Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM sebenarnya hanya “main wayang” bila bertindak keluar daripada PH pada 2020.

Dalam satu video rakaman suara yang tular, jelas suara Tun Mahathir selaku Pengerusi PPBM ketika itu telah membuat keputusan tersebut.

Permainan politik licik PPBM berterusan apabila Mahathir menubuhkan PEJUANG selepas meninggalkan PPBM. Untuk apa sebenarnya PEJUANG ditubuhkan? 

Percubaan untuk mengelirukan rakyat dengan memecahkan PPBM kepada 2 kumpulan adalah strategi bagi membuat UMNO menjadi lemah apabila orang Melayu mula berbelah bahagi.

Namun, strategi tersebut gagal menggugat kekuatan UMNO yang kekal berkhidmat kepada rakyat walau tanpa kuasa.

‘Sheraton Move’ boleh diandaikan sebagai ‘helah’ terbesar Mahathir bagi menyakinkan semua pihak bahawa PPBM telah berpecah teruk. Hakikat sebenarnya PEJUANG merupakan sebahagian daripada PPBM cuma ‘kulit’ sahaja berbeza dan menunggu masa sesuai untuk kembali bersama.

PRN Melaka dan PRN Johor merupakan sebahagian eksperimen kedua-dua parti menilai sambutan pengundi Melayu terhadap parti mereka.

Apabila menyedari sambutan tidak memberangsangkan, maka satu gerakan untuk mengembalikan PPBM, PEJUANG sebagai sebuah parti dimulakan.

Membaca kenyataan demi kenyataan kedua-dua parti yang semakin lunak untuk kembali bersama demi mengalahkan UMNO/BN pada PRU15, ternyata perancangan mereka telah lama diperincikan.

Tidak mustahil sekiranya PPBM, PEJUANG, AMANAH, PKR dan DAP kembali bergabung walau banyak kenyataan daripada DAP menolak kerjasama dengan PPBM.

Mereka sebenarnya boleh bekerjasama dengan DAP tanpa ikatan gabungan hanya untuk memastikan BN tidak kembali menguasai Parlimen pada PRU15 kelak.

Tiada yang mustahil dalam politik sebagaimana yang Mahathir pernah tunjukkan apabila beliau bersama musuh politik pada PRU14.

Tawfiq dan Zeti ; apa tindakan Pejabat Peguam Negara?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker