Isu Nazlan – mengapa Majlis Peguam gelabah?

 

Isu Mohd Nazlan Ghazali yang disiasat SPRM sepatutnya tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap Majlis Peguam.

Apabila Raja Petra mendakwa berlaku 11 transaksi wang masuk ke akaun Nazlan, pihak SPRM berkuasa untuk menyiasat kesahihan dakwaan.

 

 

Tidak ada sesiapapun di Malaysia “above the law” waima Raja-Raja Melayu sekalipun. Jika didapati bersalah, pesalah akan menerima hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Apa keperluan Majlis Peguam untuk kononnya “membela” Nazlan? 



Sudah banyak artikel diterbitkan banyak pihak berkaitan dakwaan Raja Petra terhadap Nazlan serta kredibiliti beliau.

Terbaru bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad turut menulis mengenai tindakan Majlis Peguam yang agak canggung dari sudut perundangan apabila menyerang SPRM.

 

 

HUJAH TUN HAMID DALAM ISU MEMBABITKAN NAZLAN DAN DAKWAAN RAJA PETRA

“Ambil perhatian bahawa dakwaan Raja Petra itu bukanlah dakwaan umum terhadap Badan Kehakiman. Ia adalah dakwaan terhadap hakim tertentu. Kenapa badan kehakiman harus melompat membelanya?”

“Walaupun Ketua Hakim Negara tidak menyebutnya, sesiapa yang membaca ucapan itu tahu bahawa beliau merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Raja Petra yang dilaporkan dalam Malaysia Today bahawa Hakim Mohd Nazlan sedang disiasat oleh SPRM.



“Saya mengulangi apa yang saya katakan mengenai kesan dua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar. Ambil perhatian bahawa satu peristiwa penting telah berlaku selepas kenyataan akhbar kedua itu, iaitu SPRM mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat Hakim berkenaan.

“Soalan: Tidakkah lebih baik membiarkan SPRM meneruskan dan menyelesaikan siasatan?

“Di akhir siasatan, SPRM akan mengumumkan sama ada tiada bukti untuk menyokong dakwaan Raja Petra itu atau terdapat bukti yang mencukupi untuk menyokong pertuduhan terhadap Hakim berkenaan. Jika ia yang awal disebutkan, Hakim itu dibersihkan. Tidakkah lebih baik bagi Hakim berkenaan bahawa beliau dibersihkan oleh SPRM selepas siasatan lengkap dan tiada kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh Badan Kehakiman?” – petikan sebahagian tulisan Tun Hamid.

 

 

Hujahan Tun Hamid terhadap Majlis Peguam mendatangkan impak yang agak besar dan isu Nazlan kini sudah menjadi isu nasional.

Apa sebenarnya motif Raja Petra apabila mendedahkan keterlibatan Nazlan dalam kewujudan SRC, transaksi serta kredibiliti Nazlan?

Yang difokuskan adalah Nazlan itu sendiri. Atas kepentingan apa beliau menerima sejumlah wang dari “pemberi”? 

Benar Nazlan telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra tetapi beliau tidak menafikan jumlah transaksi yang disebut Raja Petra atau menjelaskan sumber wang tersebut.

Kredibiliti Nazlan amat diragui selepas pendedahan berlaku dan ini akan menjejaskan intergriti Kehakiman.

Pendedahan Raja Petra, Nazlan sendiri ‘jemput’ disiasat

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker