Man City hampiri gelaran liga

MANCHESTER: Pep Guardiola berkata dia tidak pernah meragui keupayaan Manchester City bangkit daripada kekecewaan Liga Juara-Juara Eropah, selepas menewaskan Newcastle 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

City kendalian Guardiola mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris hasil dua gol jaringan Raheem Sterling, Aymeric Laporte, Rodri dan Phil Foden.

Mereka kini mendahului tiga mata do depan Liverpool dengan tiga permainan berbaki, serta turut mempunyai kelebihan empat gol dalam perbezaan jaringan yang akan menentukan kejuaraan sekiranya City tewas salah satu daripada perlawanan menentang Wolves, West Ham dan Aston Villa.

“Jika ada yang meragui kami, mereka tidak mengenali pasukan ini. Ia salah satu kumpulan terbaik pernah saya latih sepanjang hidup saya.

“Ia petang yang sempurna. Sebelum permulaan perlawanan saya rasa penyokong kecewa tetapi tidak bersedih atau marah terhadap kami sebagai pasukan dan apa yang kami lakukan sepanjang lima tahun lalu,” kata Guardiola.

Kejuaraan liga satu-satunya trofi yang tinggal untuk City musim ini selepas melepaskan peluang mara ke final Liga Juara-Juara Eropah kedua berturut-turut, ketika menentang Real Madrid Rabu lalu.

Gergasi Sepanyol itu bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk memenangi separuh akhir dengan agregat 6-5 dan akan bertemu Liverpool pada final di Paris.

“Apa saja boleh berlaku, jika ia berlaku dalam tempoh 56 saat (menentang Madrid), ia boleh berlaku dalam tiga perlawanan. Jadi bertenang dan bersedia untuk bertemu Wolves Rabu ini,” katanya.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker