Koyak, bakar naskhah al-Quran, wanita ditahan

Koyak, bakar naskhah al-Quran, wanita ditahan

 

KUALA LUMPUR: Seorang wanita tempatan ditahan selepas dikesan mengoyak dan membakar naskhah Al-Quran, awal pagi tadi.

Suspek berusia 32 tahun, yang juga seorang pengawal keselamatan didapati melakukan perbuatan itu di tangga tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata wanita terbabit dilaporkan mengoyak helaian naskhah al-Quran sebelum membakarnya.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Daerah Dang Wangi, menerima maklumat kejadian pada jam 1.15 pagi tadi sebelum menahannya pada jam 2 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai menghadapi tekanan akibat masalah keluarga,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Noor Dellhan berkata ujian saringan air kencing juga mendapati suspek tidak berada di bawah pengaruh dadah.

“Polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(n), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (tidak membawa pengenalan diri),” katanya.

Janna Nick Terharu Bangga Naskhah Jadi Calon Akhir

 

Koyak, bakar naskhah al-Quran, wanita ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker