Bayern mahu sambar Mane

LIVERPOOL: Bintang Liverpool Sadio Mane dikaitkan dengan perpindahan mengejut ke Bayern Munich musim panas ini.

Pemain Senegal itu – yang tampil cemerlang dalam beberapa minggu kebelakangan ini – memasuki tahun terakhir kontraknya seperti Mohamed Salah, tetapi belum ada perbincangan untuk melanjutkan kontraknya di Anfield, yang bermula pada Jun 2016 selepas ditandatangani dari Southampton.

Laporan media Jerman mengatakan pengarah sukan Bayern Hasan Salihamidzic berjumpa wakil Mane di Majorca Jumaat lalu.



Bagaimanapun beberapa sumber mendakwa nama Mane tidak dibincangkan. Agensi pemain 30 tahun itu juga turut menguruskan penyerang Bayern Serge Gnabry.

Spekulasi perpindahan ke Bayern mengejutkan pihak pengurusan Liverpool. Mane tidak pernah memberi isyarat yang dia akan melakukan sesuatu selain memastikan baki lima perlawanan musim ini diakhiri dengan tiga lagi kejuaraan – bermula dengan Aston Villa malam ini.

Liverpool dan Bayern belum memberikan sebarang kenyataan berhubung spekulasi berkenaan. Salah dan Roberto Firmino juga berada dalam situasi sama dengan Mane daripada segi kontrak mereka.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button