Denda RM1,500 kerana tumbuk pelanggan

JEMPOL: Lelaki yang menumbuk seorang pelanggan di sebuah restoran nasi kandar di Bahau pada 5 Mei lalu dijatuhi hukuman denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Bahau hari ini.

Mohd Isa Ramliee, 21 mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Muhammad Hidayat Wahab.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 5 Mei jam 1.00 pagi bertempat di sebuah restoran nasi kandar di Bahau dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhamad Shahrul Nizam Mohd Yusni, 30.



Oleh yang demikian tertuduh dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara hingga 12 bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan, tertuduh boleh dipenjara selama sembilan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button