Dua pemain cedera ketika ‘bertempur’ dengan Thailand

KUALA LUMPUR: Kemenangan dramatik yang dilakar skuad bawah 23 tahun (B-23) negara ke atas Thailand Sabtu lalu ‘dibayar’ dengan harga mahal selepas mereka kehilangan dua pemain susulan kecederaan.

Perkembangan itu disahkan pengendalinya, Brad Maloney dengan dua pemain yang berkemungkinan tidak dapat diturunkan untuk aksi berdepan Laos adalah Azam Azmi Murad dan Hairiey Hakim Mamat.

“Azam mengalami kecederaan kepala tetapi mujurlah tidak begitu serius. Kita akan terus melihat perkembangannya dengan mengikut protokol.



“Kita akan memantau perkembangannya untuk sekurang-kurangnya tujuh hari dan kita akan lihat apa akan terjadi selepas itu.

“Buku lali Hairiey pula masih bengkak tetapi dia sedang menjalani pemulihan. Saya tidak pasti jika dia boleh diturunkan untuk perlawanan seterusnya.

“Kita akan cuba yang terbaik dan kita pun tidak mahu mengambil risiko seandainya dia tidak mampu untuk bermain,” kata Maloney.

Sebagai rekod, kemenangan ke atas pemenang 16 pingat emas Sukan SEA itu membolehkan skuad negara mengungguli Kumpulan B dengan tiga mata.



Mereka akan meneruskan pemburuan tiga mata berdepan Laos Rabu ini sebelum bertemu seteru seberang tambak, Singapura pada Sabtu dan menutup kempen peringkat kumpulan menentang Kemboja (Isnin).

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button