Hanya salah faham, bukan kes culik

Oleh – Syeikh Baran


Hanya salah faham, bukan kes culik
Dua suspek yang berjaya ditahan pihak polis.

Hanya salah faham dan bukannya kes culik seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan di pusat beli belah di Klang Sentral di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bekata, siasatan pihaknya mendapati dua lelaki warga Nepal berkenaan yang didakwa penculik sebenarnya cuba membantu kanak-kanak itu menaiki eskalator pusat tersebut yang rosak semasa hari kejadian.



“Saya sendiri telah melihat dua rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pusat berkenaan. Berdasarkan rakaman serta keterangan daripada dua lelaki itu, mereka cuba membantu kanak-kanak tersebut dengan mengangkat mereka ke eskalator berkenaan.

“Kemudiannya, mereka menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibu kanak-kanak berkenaan setelah wanita itu perbuatan mereka.

“Mungkin disebabkan panik, wanita terbabit menjerit kerana mengandaikan anaknya akan diculik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan suasana sebuah pusat beli belah di Klang Sentral di sini, gempar apabila seorang kanak-kanak perempuan cuba dilarikan dua lelaki warga asing.



Kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu melibatkan mangsa berusia setahun tujuh bulan dengan dua suspek berjaya ditangkap dan direman selain kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO!ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading