Lelaki ditahan halang polis sedang iringi VIP

Kuala Lumpur: Tindakan lelaki menghalang penjawat awam yang sedang mengiringi orang kenamaan dan memandu secara gopoh mengundang padah apabila ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menerima satu laporan polis berkenaan kejadian seorang individu menggalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya dan memandu secara gopoh di jalan awam pada 1.30 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa tugas mengiringi orang kenamaan melalui Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, pada 11.30 malam Jumaat lalu.



“Susulan itu, polis menahan suspek berusia 36 tahun pada 1 tengah hari kerana disyaki terbabit dalam kes itu sebelum direman empat hari bermula semalam hingga 11 Mei ini.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menggalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya) dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan (memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam),” katanya dalam kenyataan malam ini.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button