‘Iron Mike’ tidak akan didakwa

LOS ANGELES: Bekas juara tinju heavyweight, Mike Tyson tidak akan didakwa atas tuduhan melakukan jenayah selepas berkali-kali menumbuk seorang penumpang kapal terbang kata pendakwaraya California hari ini.

Rakaman menerusi telefon bimbit menunjukkan Tyson yang bersandar pada kerusinya melepaskan tumbukan kepada lelaki itu yang menyebabkan lebam dan berdarah pada insiden 20 April lalu.

“Iron Mike” sebelum itu mesra dengan penumpang dan rakannya ketika menaiki penerbangan dari San Francisco ke Florida, namun berubah selepas lelaki berkenaan “tidak berhenti mencetuskan provokasi” terhadapnya, kata laman sesawang hiburan TMZ.



Peguam San Mateo County District, Steve Wagstaffe memberitahu AFP bahawa tiada dakwaan akan dikenakan terhadap bekas petinju itu.

“Kami sudah melihat laporan Jabatan Polis San Francisco dan Pejabat Polis San Mateo County Sheriff selain pelbagai video diambil pihak berkuasa di atas penerbangan itu,” kata Wagstaffe.

“Kami membuat keputusan bahawa tiada dakwaan akan dikenakan terhadap Mr Tyson berdasarkan keadaan yang berlaku ketika itu.

“Ini termasuk kelakuan mangsa yang membawa kepada insiden berkenaan, interaksi antara Mr Tyson dan mangsa, selain permintaan mangsa dan Mr Tyson supaya tiada dakwaan dibuat terhadap kes ini.”



AFP

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button