Janda Baik dilanda banjir kilat

BENTONG – Sebanyak 42 keluarga terpaksa berpindah ke lokasi selamat selepas beberapa perkampungan di Janda Baik dilanda banjir kilat akibat hujan berterusan sejak malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.27 pagi dan usaha menyelamat dan memindahkan mereka yang terperangkap masih diteruskan sehingga kini.
“Setakat ini terdapat dua perkampungan utama iaitu Kampung Sum Sum dengan 12 keluarga telah berpindah. Tiga keluarga daripadanya diselamatkan anggota bertugas.
“Sementara di Kampung Chemperoh pula, sebanyak 30 keluarga telah berpindah sendiri selepas perkampungan itu Mula dinaiki air pada awal pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, terdapat pokok tumbang di jalan masuk ke lokasi kejadian menyukarkan operasi menyelamat.
Bagaimanapun, pihaknya telah memotong pokok tumbang yang menghalang jalan bagi memudahkan operasi tersebut.
“Terdapat juga tanah runtuh di jalan masuk ke Janda Baik dan di antara Kampung Sum Sum ke Kampung Chemperoh. Jalan itu terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembersihan batu dan lumpur.
“Operasi pemantauan di sekitar empat buah kampung di Janda Baik sedang diteruskan sehingga kini,” katanya.
astroawani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker