‘KUNCI KELUAR’ pada Lafaz Taklik Sijil Nikah

Isu isteri menjadi mangsa penderaan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, sehinggakan terjadinya jenayah pembunuhan oleh suami yang hilang kewarasan ‘bertuhankan’ nafsu kerana dihasut syaitan yang akhirnya ‘bertepuk tangan gembira’.

Pesan Nadia Hazmi, insan bergelar isteri yang didera carilah ‘kunci keluar’ daripada berterusan menjadi mangsa lelaki durjana. Jadilah bijak dan rajin mencari ilmu. Wanita berilmu adalah kekuatan kepada sebuah keberanian supaya diri ‘tidak dipijak’ sewenangnya.

Janganlah sampai nyawa tergadai menjadi taruhan, bagaimana pula kehidupan anak-anak nanti yang kehilangan ibu tersayang. Mari baca penulisan penuh makna daripada seorang kaunselor di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik ini.

Isu isteri menjadi mangsa penderaan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, sehinggakan terjadinya jenayah pembunuhan oleh suami yang hilang kewarasan ‘bertuhankan’ nafsu kerana dihasut syaitan yang akhirnya ‘bertepuk tangan gembira’.



Pesan Nadia Hazmi, insan bergelar isteri yang didera carilah ‘kunci keluar’ daripada berterusan menjadi mangsa lelaki durjana. Jadilah bijak dan rajin mencari ilmu. Wanita berilmu adalah kekuatan kepada sebuah keberanian supaya diri ‘tidak dipijak’ sewenangnya.

Janganlah sampai nyawa tergadai menjadi taruhan, bagaimana pula kehidupan anak-anak nanti yang kehilangan ibu tersayang. Mari baca penulisan penuh makna daripada seorang kaunselor di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik ini.

LAFAZ TAKLIK DIBELAKANG SIJIL NIKAH, TERSEMBUNYI ‘KUNCI KELUAR’ BUAT PERKAHWINAN MENYEKSAKAN!

MATI BUKANLAH PENAMAT SEBUAH DERITA

Sejak hari pertama berita ini melintas di newsfeed, setiap kali itulah hati ni rasa hancur berkeping-keping.

Wahai lelaki durjana yang bertuhankan NAFSU, Kau renunglah wajah anak-anak darah dagingmu yang tak mengerti apa. Yang masih sangat perlukan belaian kasih-sayang seorang ibu. Ibu yang menanggung deritanya seorang diri. Dalam diam tak siapa pun yang tahu.



Baca petikan perenggan dalam berita tersebut:

“Kematian seorang ibu muda kepada empat orang anak di sebuah rumah flat di Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad minggu lalu telah membongkar kisah penderitaannya selama ini yang dipercayai sering didera suaminya. Adik perempuan kepada ibu muda itu mendakwa, berdasarkan cerita daripada anak kakak­nya itu, bapa mereka dipercayai sering memukul wanita yang berusia 28 tahun tersebut sehingga mereka menangis ketakutan. Bagaimanapun, adik mangsa yang mahu dikenali sebagai Aliya memberitahu, kejadian tersebut langsung tidak diketahui oleh keluarga ketika itu.”

DIA MENDERITA SENDIRIAN…

Demi menjaga hati keluarga dan suami durjana. Bersendirian memendam yang mungkin membuatkan dia cuba meluah dan meletus dengan “terbukanya AIB” suaminya yang curang di medsos (media sosial)…yang dikecam sebagai isteri yang membuka aib suami oleh sesetengah pengulas yang bajet mulia.

Deritanya kini berakhir, bertemu jalan keluar, bukan di dunia tapi terus ke alam abadi. Namun apa nasib anak-anak kecil yang ditingggalkan?

Derita tidak terhenti dengan kematian itu.

Kesan emosi dalam pembesaran emosi anak-anak yang menyaksikan dengan mata dan hati penderaan dari BAPA KANDUNG MEREKA SENDIRI SEHINGGA MERAGUT NYAWA IBU TERRSAYANG. Bayangkan perasaan mereka sepanjang hidup.

Hancur, luluh, hilang tempat mengadu dan TRAUMA.

DUHAI IBU-IBU YANG MENDERITA…

Pernah juga akak menulis sebelum ini tentang ini.

Duhai ibu-ibu yang menderita hidupnya terkandas dalam rumah tangga yang TOKSIK, sudah-sudahlah ibu.

Ini yang pernah akak sebut dulu, ‘orang kita’ lebih sanggup mati didera suami dari mati tak bersuami. Please la, tolong hentikan. Bergegar pun tiang arasy bila isteri menuntut hak penceraian dari suami, namun Islam tidak pernah zalim pada wanita.

Hanya kita yang menzalimi diri sendiri dan takut menderita hidup dalam stigma masyarakat yang jumud memandang rendah pada ibu tunggal.

Ibu-ibu carilah ilmu, jangan biarkan diri digantung tak bertali, diikat atas nama-nama perkahwinan untuk menjadi ‘punching bag’ si Dayus tak berguna.

AMATILAH LAFAZ TAKLIK YANG TERTERA DI BELAKANG SIJIL NIKAH

Ada banyak jalan keluar selain menuntut cerai, ada juga option kedua iaitu tuntutan FASAKH.

Mohon teliti dan amati lafaz TAKLIK yang tertulis dibelakang sijil nikah kita kerana di situ ada tersembunyi “kunci keluar”…yang mampu membantu puan dari terus dikhianati, disakiti, diekplotasi dan diperhambakan dan akhirnya mati dengan percuma. Tak berbaloi pun.

Ingatlah… Anak-anak tak mampu memilih siapakah bapa mereka, tapi kitalah penentu acuan mana yang patut mereka tempa.

Jangan lemah puan-puan. Pandang wajah dan mata anak-anak yang lebih memerlukan kita berbanding mempertahankan si bapa durjana.

BETAPA PENTINGNYA ILMU, MAKA JANGAN PENAT MENCARI!

Ibu-ibu… Zaman kita sekarang memang sangat perlu untuk kita berilmu, berdiri di atas kaki sendiri, bukan untuk ego tak perlukan suami, tapi zaman ini ramai lelaki yang sudah ‘rosak’.

Perkasakanlah diri seiring zaman, didiklah anak lelaki kita untuk tidak menyakiti kaum ibunya iaitu wanita tak kira siapa. Kita berhak hidup gembira, berhak hidup bahagia, berhak dibimbing dan disayangi.

Selamat Hari Ibu 2022

Nota Kaki: Ramai pula yang tanya, si penyondol tu apa cerita? Persetankan saja tentang dia, sebab ulat sampah memang bersama bangkai dan longgokan sampah saja layaknya. Saksikan saja dia membusuk dimakan usia bernoda.

Kita? jadilah seperti kepompong sutera yang struggle membebaskan diri dan akhirnya terbang seindah rama-rama.

Menulis dari hati ,

Nadia Hazmi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker