Mangsa buli dibakar

Washington: Seorang kanak-kanak lelaki ‘dibakar’ hidup-hidup oleh pembuli yang menuang petrol ke atas bola tenis, menyalakan pemetik api dan melemparkannya kepada kanak-kanak malang itu.

Portal Independent melaporkan, Dominick Krankall menyertai kumpulan kanak-kanak lelaki yang tinggal di kejiranannya untuk bermain di luar rumah, baru-baru ini.

Dia menyangka ajakan kanak-kanak lain itu adalah pelawaan mesra.

“Sebaik sahaja dia menuruni tangga, pembuli itu memanggil namanya dan dalam beberapa saat dia kembali ke sudut sambil menjerit, ‘ibu mereka ‘menyalakan’ saya’,” kata kakak mangsa, Kayla Deegan.

Dia berkata, akibat kejadian itu, adik lelakinya dirawat di hospital dengan kesan melecur tahap kedua dan ketiga, hingga menutup bahagian muka dan kakinya.

Unit Siasatan Kebakaran dan Letupan Polis Negeri Connecticut menyiasat kejadian itu bersama Pejabat Pemadam Kebakaran Bridgeport, kata jurucakap polis negeri kepada WNBC.

Kejadian itu, kata kakak Dominick, bermula selepas kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang dilabelnya sebagai ‘penghasut utama’ dan pembuli Dominick, mendapat akses ke bangsal berhampiran di halaman belakang sebuah rumah.

Empat kanak-kanak menemui pemetik api dan beberapa petrol, lapor pihak berkuasa Bridgeport menerusi laporan awal polis.

Deegan menceritakan dengan ekspresi mengerikan untuk menunjukkan bagaimana pembuli ‘memancing’ adik lelakinya ke halaman rumah.

“Apa yang dia lakukan ialah menuang petrol ke atas bola tenis, mengambil pemetik api, menyalakannya dan melemparkannya tepat ke muka adik saya,” kata Deegan.

Kemudian tambahnya, mereka hanya melarikan diri, meninggalkan adiknya yang terbakar itu pulang ke rumah dengan kecederaan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker