Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dipinda

School student exam in university class with blurry view from back of the classroom of young people having stress doing examination admission test in classroom for education background

Putrajaya: Peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 dan Ulangan Semester 2 STPM 2021 dipinda ke tarikh baharu, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MPM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan tarikh baharu peperiksaan Semester 3 STPM 2021 adalah 25 dan 26 Mei serta 13 hingga 15 Jun, manakala peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 adalah 16, 20, 21 dan 22 Jun.

Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 sebelum ini dijadualkan pada 18, 19, 24 dan 26 Mei, manakala peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 pula pada 13, 14, 15 dan 16 Jun.

Kalendar Peperiksaan STPM Kohort 2021, Jadual Waktu Peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan Jadual Waktu Peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang dikemas kini pada 9 Mei lepas boleh dimuat turun melalui portal MPM di http://www.mpm.edu.my.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM melalui e-mel [email protected] atau melalui telefon di talian 03-61261600 sambungan 1661/1662/1663/1664/1665.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker