PETER KRAWIETZ si mata Helang


Ketika Klopp masih bermain sebagai pertahanan kiri, Peter Krawietz satu satunya orang yang menunjukkan Klopp tentang kelemahannya semasa bermain. Sampai lah satu masa Klopp diangkat jadi pengurus pasukan Mainz 05. Dia tawarkan satu tugas pada Krawietz. Jadi jurulatih teknikal dia sekaligus orang yang paling Klopp percaya dan Krawietz ni terima jawatan tu.

Dijuluki dengan gelaran ‘The Eye’ , Klopp pernah bagitau jika mereka ada seekor helang falcon, maka Krawietz ni adalah matanya. Klopp akui sendiri yang Krawietz adalah orang paling teliti dan penglihatannya paling tajam. Naluri Krawietz sentiasa betul seakan dia boleh nampak apa yang akan berlaku.

Krawietz ni dah ikut Klopp sejak dari Mainz05 kemudian ke Borussia Dormund sampai lah ke Liverpool. Apa yang Krawietz suruh Klopp buat perubahan sekalipun nampak macam tak masuk akal. Klopp sekalipun tak pernah bantah apa yang Krawietz suarakan.

Pemain Liverpool panggil Krawietz ni ‘debt collector’ kerana Krawietz sentiasa pandang diorang ni tajam sambil duduk di tepi padang seperti mereka mempunyai tunggakan hutang. Kemudian datang dan beritahu setiap detail pemain tu perlu tukar. waima cara berlari, jenis kasut dan kalau korang nak tahu. Krawietz ni pernah suruh Origi warnakan rambut jika dia nak main lawan Barcelona. Krawietz ni lah sosok yang banyak bantu pemain untuk keluarkan kualiti sebenar mereka..



Seorang penganalisis video dan pengolah taktikal serta teknikal Liverpool, Peter Krawietz dah analisis hampir 400 video tentang pergerakan pemain Liverpool dan titik lemah lawan yang boleh dieksploitasi . Krawietz juga bertugas untuk sediakan anti thesis teknikal lawan dalam bentuk video dan terangkan pada pemain Liverpool. Tak hairan lah permainan Liverpool memang syahdu di separuh masa kedua malahan Liverpool kerap sekali boleh buat ‘Comeback’ jika ketinggalan pun. Sebabnya Krawietz sentiasa nampak kelemahan pihak lawan termasuklah Liverpool sendiri. punya lah tajam mata dia ni.

Banyak yang kita nampak peranan Krawietz ni. Dia lah sarankan supaya Liverpool bermain dengan dimensi padang kecil yang hanya 101×68.2m. Menjadi padang terkecil didaftarkan di Liga Inggeris sejak 2018 sehingga 2021. sebelum selhurst park mengubah saiz padang ke 101×68.0m pada 2022. Tujuannya mudah. kesesuaian dengan taktikal yang Klopp guna untuk Kempen Liga .(Kempen Liga EPL tak benarkan kelab ubah dimensi padang sepanjang kejohanan tapi untuk UCL& UEL masih dibenarkan.)

Sejak dari 2001 sehinggalah sekarang, kesetiaan dia pada Klopp tu lah yang buat Klopp betul percaya pada dia. Klopp sendiri pernah kata yang dia tanpa Krawietz dan Ljinders ni bukan siapa siapa. Hanya mereka yang tahu melengkapkan apa yang Klopp kurang. Dia lah yang tentukan siapa staff yang Klopp perlu .Sampaikan dia hire seorang jurulatih hanya untuk ajar Liverpool ‘throw in’. punya la detail pak Krawietz ni.

jadi korang dah kenal kan siapa orang yang selalu pegang tab sambil rakam dan tengok skrin tepi padang tu. lagi lagi masa Liverpool ketinggalan atau susah nak jaringkan gol.



ahfai

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker