Rafizi dedah ‘ahli hantu’ dalam PKR

 

Menjelang pemilihan PKR, Rafizi Ramli membuat pendedahan baru mengenai 54,000 daftar pemilih ‘ahli hantu’ dalam PKR yang meragukan. Dari mana beliau memperolehi angka tersebut tidak penting. 

Strategi beliau memilih waktu sesuai membuat pendedahan agak menarik. Dijangkakan satu debat antara beliau dan Saifuddin Nasution Ismail akan berlaku minggu ini.

 

 

Tekanan awal yang dirasai Rafizi selepas Anwar Ibrahim bersuara ialah mengalihkan perhatian, dan beliau memilih untuk Setiausaha Agung PKR menjawap pendedahan tersebut.

54,000 bukanlah jumlah yang sedikit malah menyamai dengan jumlah pengundi untuk sebuah parlimen. Bagi menghadirkan keyakinan ahli PKR kepadanya, Rafizi perlu satu membuatkan SUA PKR kelihatan terpinga dengan angka-angka yang besar.

Hampir pasti, Saifuddin selaku Setiausaha Agung perlu menjawap pendedahan Rafizi dan melalaikan beliau dari menyusun strategi persediaan debat.

 

 

Siapa tidak kenal Rafizi Ramli? Seorang ahli politik licik yang akan memainkan angka, jumlah yang keterlaluan bagi mengelirukan semua pihak. Masih ingat jumlah kononnya ada berjuta ‘pengundi hantu’ yang diterbangkan dari Bangladesh bagi membantu BN?

Akhirnya terbukti matematik Rafizi melampaui kiraan logik untuk membawa masuk penumpang dengan jumlah yang didakwanya.

 

 

Begitu juga apabila beliau memilih angka 54,000 ‘ahli hantu’ PKR. Perlu diingatkan,Rafizi meninggalkan PKR selepas kalah pemilihan dan urusan parti, keahlian serta kelancaran parti terletak di bahu Saifuddin.

Dari mana beliau beroleh angka-angka tersebut?

Rafizi pernah menyatakan, selaku ahli politik, kerja beliau ialah menghasut. Ternyata beliau mempraktikkan apa yang disebutnya.

Rafizi Ramli hanya mahu Najib untuk menang pemilihan

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker