Suami Menangis Rangkul Bayi Sambil Bergambar Di Sebelah Jasad

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan situasi yang dilalui lelaki dari Indonesia ini apabila isteri tercinta dijemput Ilahi dua hari selepas melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Sejak beberapa hari lalu, viral beberapa foto dan video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dikenali dengan nama Fadly Fachrezy mengambil gambar di sebelah jasad isteri tercinta, Megawaty Saiful sambil merangkul erat bayi yang baru lahir. Tak dapat digambarkan betapa peritnya hati lelaki ini apabila terpaksa menerima hakikat bahawa isteri tercinta telah pergi buat selama-lamanya. Allahyarham Megawaty Saiful yang bertugas sebagai seorang doktor itu disahkan meninggal dunia pada hari Isnin lalu iaitu dua hari selepas melahirkan puteri sulungnya.

I love you, Ibu. Kamu wanita sempurna buat ayah. Terima kasih kiriman hadiahnya, ayah akan jaga dan besarkan seperti yang ibu minta.

Menerusi perkongsian lain, kelihatan Fadly tidak henti menangis dan cukup lemah sepanjang majlis pengebumian berlangsung. Tidak terhenti di situ, Fadly juga ada meluahkan rasa rindu terhadap isteri tercinta menerusi beberapa perkongsian di Instagram. Dia juga berjanji akan menjaga dan membesarkan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

 

 

@ikawatyrafika Balas @lalakdv ♬ Cinta Dalam Hati – UNGU

 

Ibu, InsyaAllah ayah ikhlas atas ujian ini. Tapi jujur hati ayah masih hancur dan tidak percaya ibu pergi secepat ini, tugas ibu telah selesai. InsyaAllah ayah akan menjadi sosok seorang ayah sekaligus ibu buat anak kita ‘Aqeela Putry Megawaty Konggoasa’. Selamat jalan ibu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker