Ajax sahkan gelaran liga ke-36



AMSTERDAM: Ajax mengesahkan gelaran kedua berturut-turut Eredivisie Belanda awal pagi tadi selepas membelasah Heerenveen 5-0 di Amsterdam Arena.

Ia mahkota ke-36 kelab dan ketiga buat Erik ten Hag yang akan menamatkan tempoh lima tahun bersama kelab itu sebelum berhijrah ke Manchester United.

Ajax mendahului empat mata berbanding pasukan tangga kedua, PSV Eindhoven, yang menewaskan Nijmegen 3-2 berbaki satu perlawanan.

PSV terlepas peluang mengurangkan jurang kepada dua mata hujung minggu lalu apabila melepaskan dua gol lewat ketika seri 2-2 di Feyenoord.



Awal pagi tadi Nicolas Tagliafico dan Steven Berghuis tenang menyempurnakan peluang bagi memberikan Ajax dua gol awal.

Sebastien Haller yang juga penjaring terbantak liga, menyempurnakan penalti sebelum tamat babak pertama bagi memastikan gol ke-34 miliknya musim ini.

Brian Brobbey dan Edson Alvarez menambah derita lawan pada aksi terakhir Ten Hag di laman sendiri.

AFP





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker