Beregu negara menang emas Sukan Deaflympic Brazil

KUALA LUMPUR: Beregu wanita pekak negara, Boon Wei Ying-Foo Zu Tung menamatkan penantian selama 21 tahun Malaysia apabila memenangi pingat emas pada Sukan Deaflympic Brazil, semalam.

Kejayaan itu hadir selepas pasangan berkenaan melakar kejutan menewaskan beregu nombor satu dunia dari Taiwan, Fan Jung-yu-Shen Yang-ru 21-14, 5-21, 21-18 dalam aksi final.

Kemenangan gandingan itu menamatkan kemarau Malaysia bagi memenangi emas di temasya berkenaan selepas kali terakhir dilakukan Zana Azizul Ujang di Sukan Deaflympic Rom pada 2001.



Ketua jurulatih badminton negara, Sabrina Chong menjadi individu paling gembira diatas kejayaan barisan pemainnya yang berjaya melakarkan sejarah buat negara selain menghadiahkan pingat.

“Ia satu pencapaian yang cukup cemerlang buat kem negara. Saya sangat puas hati dengan prestasi mereka apabila meraih tiga pingat.

“Diharapkan mereka akan terus mengekalkan momentum ini untuk kejohanan akan datang,” katanya.

Wei Ying turut menambah koleksi pingat peribadi buat dirinya apabila meraih perak dalam acara beregu campuran bersama gandingannya Edmund Teo Seng Keong.



Mereka terlepas emas selepas tunduk kepada pasangan Abhinav Sharma-Jevlin Jayaratchagan 14-21,7-21 pada perlawanan akhir.

Dia turut menghadiahkan gangsa buat negara dalam acara perseorangan selepas lawan dari Jepun tidak dapat beraksi bagi penentuan gangsa kerana dikuarantin akibat COVID-19.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button