Cikgu matematik noda dua wanita
London: Seorang guru matematik dihadapkan di mahkamah atas tuduhan memperkosa dua wanita dalam satu parti Krismas di sebuah gimnasium.
Portal Metro UK melaporkan, atlet angkat berat, Jack Crosse, 32, ‘sangat mabuk’ apabila dia dikatakan menyerang wanita itu seorang demi seorang di parti berkenaan.
Mahkamah Crown Cardiff dimaklumkan, Crosse dilihat ‘bertindak secara seksual yang tidak sesuai’ kepada wanita di parti di Pontypool, pada Disember 2019.
Pihak pendakwaan berkata, suspek mencium wanita pertama ketika dia dalam perjalanan ke tandas dan memaksa mangsa melakukan seks oral.
Mahkamah diberitahu, wanita itu berulang kali menyuruhnya berhenti tetapi Crosse terus melakukan perbuatan itu.
Wilkes berkata, wanita itu kemudian berjaya melarikan diri apabila membuat helah bahawa dia terpaksa pergi dan akan kembali ke situ.
“Itu bukan niatnya sama sekali, ia adalah muslihat untuk menjauhkan diri daripadanya,” jelas pendakwa raya.
Crosse yang bekerja sebagai guru matematik di sekolah Tinggi Llanishen di Cardiff kemudian didakwa kembali ke parti itu dan mendekati wanita kedua.
Mahkamah diberitahu, defendan terus menghampiri wanita terbabit, menari di sekelilingnya dan memaksanya menari.
Crosse kemudian menariknya ke dalam bilik gelap dan merogolnya sebanyak dua kali.
Atlet itu ditangkap pada keesokan harinya tetapi mendakwa kedua-dua wanita itu bersetuju untuk melakukan hubungan seks di gimnasium berkenaan.
METRO