Sami Tersilap Kahwinkan Dua Pasangan Pengantin. Terpaksa Nikah Lagi Sekali

New Delhi, India – Akibat bekalan eletrik terputus ketika upacara perkahwinan, dua adik-beradik pengantin perempuan di New Delhi, India secara tidak sengaja tertukar pengantin lelaki.

Menerusi laporan India Times, kejadian berkenaan berlaku pada Ahad lalu di mana seorang sami telah meneruskan upacara perkahwinan meskipun bekalan elektrik terputus. Akibat daripada itu, mereka secara dengan tidak sengaja tertukar antara pasangan pengantin.

Bapa pengantin perempuan, Ramesh Lai mengatakan bahawa sami terbabit mungkin keliru kerana kedua-dua anaknya itu memakai busana pengantin berwarna merah serta selendang menutupi bahagian muka mereka.

Difahamkan, dua adik-beradik itu, Nikita dan Karishma bakal melangsungkan perkahwinan mereka bersama Dangwara Bhola dan Ganesh iaitu dua lelaki daripada keluarga yang berbeza.

Terpaksa kahwin lagi sekali

Walau bagaimanapun, kesilapan berkenaan hanya disedari selepas kedua-dua pengantin lelaki terbabit membawa isterinya pulang ke rumah.

Namun, tidak dinyatakan sama ada kedua-dua pengantin perempuan mengenali lelaki yang mereka kahwini ataupun tidak. Susulan daripada kejadian berkenaan, kedua-dua pasangan pengantin itu diminta untuk mengulangi upacara perkahwinan sekali lagi.

India Times

Leave a Reply