3 Tahun Suami Curang, Wanita Hilang Sabar Serbu Rumah ‘Perampas’

Saban hari, ada sahaja kisah mengenai rumah tangga yang runtuh dek kerana suami berlaku curang dan mempunyai perempuan simpanan tanpa pengetahuan si isteri. Itulah yang dilalui wanita ini apabila mengetahui suami tercinta tergamak bermain kayu tiga bersama seorang wanita yang masih berstatus isteri orang.

Pengalaman hitam itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang wanita di TikTok. Dakwa si isteri, ini bukan kali pertama suaminya kantoi ‘bermesra’ dengan wanita simpanannya. Malah sebelum ini juga, mereka berdua dua pernah ‘ditangkap’ olehnya kerana isu yang sama.

3 tahun diorang berhubungan. Berkali kali kantoi, setiap kali itulah nak menipu. Tak mengaku tapi aku sabar, bertahan lagi.

Tetapi baru-baru ini, si isteri sekali lagi terbaca mesej ‘mesra’ suaminya dengan wanita terbabit. Dia yang sudah hilang sabar kemudian nekad pergi ke rumah wanita terbabit untuk bersemuka. Tetapi wanita itu seakan cuba mengelak dan enggan membuka pintu meskipun dia sudah berkali-kali memanggil namanya dari luar rumah.

Kenapa kau fake sangat, bersayang-sayang dengan laki orang. Kata tak nak ada kaitan tapi bersayang abang dengan laki orang. Kau tu bini orang lagi tau. Kau kalau dah bercerai tak apa, masalahnya kau masih bini orang. Kau sedar tak.

Dakwa si isteri ini lagi, wanita itu juga dipercayai pernah meminjam wang dari suaminya untuk dijadikan modal berniaga. Sebelum ini, wanita terbabit pernah memaklumkan kepadanya bahawa dia sudah tidak mahu mempunyai kaitan dengan suami orang lagi tetapi itu hanyalah kata semata-mata. Rupa-rupanya mereka berdua masih berhubungan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut geram dengan sikap segelintir individu yang langsung tidak menghargai pasangan sendiri. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak menyangka bahawa wanita terbabit yang masih berstatus isteri orang langsung tidak mempunyai hati nurani kerana tergamak curang dengan suami wanita lain.

 

@missmarjiena Beginilah kehidupan.masih bercinta dgn betina yg sama dh 3 tahun. Hancur gile hati aku. Xde airmata nk keluar dh mase ni. Part 2 aku reveal sape betina penyondol ni. Korang share byak2. #foryourpage #foryourpage #fyp #tiktokmalaysia #tolongsharevideoni ♬ Kepingan Hati – ST12

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker