Debat Perdana – Rafizi berjaya “kenakan” Anwar

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akhirnya berjaya “kenakan” Anwar Ibrahim dalam Debat Perdana malam tadi.

Rata-rata komen netizen yang menonton siaran tersebut, berpendapat Anwar terkial-kial apabila menyentuh bab ekonomi serta solusi untuk mengembangkan ekonomi negara.

Dalam satu segmen, Anwar kelihatan gagal mengawal emosi ketika mengulas topik yang disediakan. 

 

 

Debat Perdana yang berlangsung malam tadi sebenarnya adalah idea asal Rafizi Ramli yang mencabar Najib untuk berdebat dengannya berkaitan isu Sapura Energy.

Cabaran tersebut diterima Najib dengan syarat Rafizi turut membawa Anwar untuk berdebat bersama.

Namun demikian, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rafizi menyerahkan ‘baton’ kepada Anwar dan membiarkan beliau bersendirian berdepan Najib di atas pentas.

RAFIZI CABAR NAJIB BERDEBAT

 

Beliau juga tidak muncul di Matic untuk memberi sokongan kepada Presiden PKR. Jelas sekali perancangan ‘mengenakan’ Anwar telah berjaya dilaksanakan.

Anwar yang gugup ketika mengulas satu,dua topik, nampak hilang arah tuju menjawap namun cuba disembunyikan dengan ‘retorik’ yang lazim dilakukannya kepada audien.

 

 

Adakah Anwar sedar sebenarnya beliau telah ‘terperangkap’ dengan mainan psikologi Rafizi?

Komen dari golongan intelektual yang mengikuti siaran debat semalam menyebelahi Najib. Pujian diberikan kerana Najib berjaya mengawal situasi debat dengan pembentangan yang lebih menyakinkan dan berfakta.

Debat Najib – Anwar, siapa retorik dan siapa berfakta

 

 

 

 

One thought on “Debat Perdana – Rafizi berjaya “kenakan” Anwar

Leave a Reply