Seludup 90 kg methamphetamine dalam tilam ke Sydney

Seludup 90 kg methamphetamine dalam tilam ke Sydney

Seludup 90 kg methamphetamine dalam tilam ke Sydney
Tiga lelaki telah ditahan dan didakwa atas dakwaan mengimport hampir 90 kg methamphetamine dalam tilam futon. FOTO Polis Persekutuan Australia

Sydney: Pihak berkuasa Australia pada Selasa mengumumkan penahanan tiga lelaki susulan penemuan hampir 90 kilogram methamphetamine yang disorok dalam futon (tilam) menerusi lima penghantaran berasingan ke Sydney, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Polis Persekutuan Australia (AFP) berkata operasi selama enam bulan yang digelar “Hesperidium” bermula pada Mac 2023 selepas pegawai Australian Border Force (ABF) menemui 5.5 kg methamphetamine, disorok dalam penghantaran futon yang diimport ke Sydney dari Amerika Syarikat.

Sebanyak 15 kg dadah lagi ditemui dalam penghantaran futon berikutnya dua minggu kemudian.



Siasatan AFP dan ABF dibantu oleh pihak berkuasa undang-undang Amerika Syarikat berjaya mengesan dan menyita keseluruhan 68 kg dadah yang disorok dalam futon terbabit.

Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan di Sydney pada 5 September. Dua lelaki lain, berusia 23 dan 33 tahun, telah diberkas pada Mei dan Jun juga di Sydney.

Ketiga-tiga suspek didakwa cuba memiliki kuantiti komersial methamphetamine.

Seludup 90 kg methamphetamine dalam tilam ke Sydney


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Mahkamah kekal keputusan, rayuan Pendakwaraya gagal

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button