Padah Muat Naik Video TikTok Anak 10 Tahun ‘Drive’

Gara-gara viral video anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta, sepasang suami isteri bertindak menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.

Budak 10 tahun pandu kereta

Berdasarkan laporan daripada Harian Metro, pasangan suami isteri itu bersama tiga anaknya telah hadir ke balai polis untuk membantu siasatan berhubung video viral itu. Menerusi video pendek tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang memandu sebuah kereta Perodua Kancil berwarna merah selain dua adiknya yang berusia 6 dan 3 tahun turut berada di dalam kenderaan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, video pendek tersebut dirakam pada 10 Mei lalu iaitu ketika mereka sedang bersiap untuk ke sekolah.

Video berkenaan dipercayai dirakam oleh anak perempuan wanita terbabit yang berusia 11 tahun menggunakan telefon miliknya. Ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan mengakui Tiktok @shimahali 1 yang memaparkan video itu adalah akaun miliknya.

Susulan daripada insiden itu, pasangan suami isteri ini bersama tiga anak mereka tampil serah diri di balai polis. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Tambah Mohammad Shofee Tayib lagi, ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan di bawah umur boleh didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001. Bukan itu sahaja, pemilik kenderaan yang juga ibu atau bapa kanak-kanak berkenaan boleh disaman di bawah Seksyen 39 (5) APJ 1987.

Harian Metro

Leave a Reply