Suruh pengikut makan najis, Ketua Ajaran Sesat Dicekup

Baru-baru ini, polis Thailand telah menahan ketua ajaran sesat yang didakwa menyuruh pengikutnya memakan sisa badannya termasuk najis, lendir dan kelemumur serta meminta mereka menyembah mayat manusia.

Memetik laporan Independent UK, suspek yang dikenali dengan nama Thawee Nanra menggelarkan dirinya sebagai ‘bapa kepada semua agama’. Bukan itu sahaja, warga emas berusia 75 tahun ini juga mengaku kononnya dia mampu menyembuhkan segala jenis penyakit.

Menurut sumber, penahanan Thawee Nanra dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa bahawa ibunya tidak dibenarkan pulang oleh suspek.

Pihak polis kemudian melakukan serbuan di tapak khemah (tempat tinggal) suspek iaitu di dalam sebuah hutan di wilayah Chaiyaphum. Setibanya di sana, pengikut-pengikut suspek dikatakan bergaduh dengan polis ketika dia ditangkap.

Pihak polis juga menemui keranda serta 11 mayat di lokasi kejadian yang dipercayai merupakan mayat pengikut ajaran sesat yang diketuai oleh suspek. Difahamkan, seramai 12 orang pengikut dipercayai tinggal bersama suspek. Penganut ajaran sesat itu juga percaya bahawa air kencing, kahak dan kulit menggelupas ketua mereka dapat menyembuhkan penyakit.

Media tempatan melaporkan, ajaran itu didakwa telah beroperasi selama beberapa tahun namun terlepas daripada pengetahuan polis kerana kawasan tersebut terletak di sebuah kampung terpencil yang jauh daripada orang ramai.

Mayat yang ditemui polis telah dikumpulkan untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Independent UK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker