Isu Nazlan – Mahathir tidak mahu ulas?

 

Seringkali bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir mengulas isu-isu panas negara lebih lagi membabitkan Dato Sri Najib Razak.

Agak menghairankan, beliau seolah terlepas pandang isu membabitkan Nazlan Ghazali yang dibongkar Raja Petra Kamarudin.

Bukan itu sahaja, beliau juga tidak mengulas mengenai apa yang Tommy Thomas dedahkan berkaitan penglibatan Zeti Akhtar Aziz.

 

 

Pelik? Tidak sama sekali kerana Mahathir memang ‘memilih bulu’ dalam mengkritik individu. Jika individu tersebut ada kaitan atau berkepentingan buat dirinya, maka tiada kritikan atau ulasan diberikan.

Jika individu tersebut merupakan ‘kroni’, beliau akan mencipta seribu satu alasan untuk ‘menghalalkan’ perbuatan ‘kroni’ tersebut.

Nazlan seperti ditulis Raja Petra, mengetahui perjalanan mewujudkan SRC yang dicadangkan Maybank Investment Bank.

Namun demikian, penglibatan Nazlan selaku Setiausaha Syarikat (Maybank) hanya ketahuan selepas dibongkar Raja Petra.

Ini sekaligus mewujudkan “conflict of interest” dalam kes membabitkan Najib Razak.

 

 

SPRM pula mengesahkan pihak mereka telah membuka kertas siasatan terhadap Nazlan berikutan dakwaan Raja Petra yang menyatakan berlaku transaksi wang bernilai lebih sejuta ringgit ke akaun Nazlan.

Mahathir tidak mahu ulas perkara tersebut atau Mahathir sebenarnya sudah gentar dengan pembongkaran?

12 Mei 2022, Debat Perdana membabitkan Najib Razak dan Anwar Ibrahim mencapai persetujuan untuk mendesak siasatan dilakukan semula dalam kes ‘Skandal Forex’.

Mahathir masih berdiam diri mengenai apa yang dipersetujui Anwar Ibrahim, sama seperti isu Nazlan dan Zeti.

Nazlan tidak berani jawap dakwaan transaksi wang?

 

Leave a Reply