Jackie, Grace raih emas

HANOI: Dua pingat emas diraih kem olahraga negara pada Sukan SEA Hanoi di Stadium My Dinh hari ini menerusi acara tukul besi lelaki, Jackie Wong dan wanita, Grace Wong.

Grace memulakan saingan dengan melakukan 57.13 meter (m) untuk memenangi emas sebelum momentum kecemerlangannya disusuli Jackie yang disambut dengan sorakan penuh bertenaga dari kem olahraga.

Acara lelaki turut menyaksikan Malaysia meraih gangsa menerusi Sadat Maryuqi Ajisan manakala atlet Thailand, Kittipong Boonmawan meraih perak.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker