Remaja maut, rakan cedera keluar beraya

 

Seorang remaja maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka ketika keluar beraya melanggar kereta.

Nahas jam 5.30 petang itu menyebabkan mangsa, Nurul Shafeena Mohd Hasmawi maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata kedua-dua mangsa berusia 15 tahun.

Katanya, motosikal remaja terbabit dari arah Pekan Kuala Sungai Baru menghala ke Kuala Linggi, manakala kereta membelok dari simpang kedai runcit untuk ke Pekan Kuala Sungai Baru.

“Kemalangan berlaku apabila motosikal itu melanggar bahagian hadapan kereta yang sedang membelok.

“Penunggang motosikal pula cedera pada kaki dan kini dirawat di zon merah Hospital Melaka dan keadaannya stabil,” katanya dalam kenyataan.

Arshad berkata, pemandu kereta tidak cedera.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan lurus, dua hala dan mempunyai simpang untuk ke kedai runcit manakala keadaan cuaca baik.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker