“Sesiapa sahaja boleh tandingi jawatan Presiden” – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi mengalu-alukan sesiapa shaja untuk bertanding jawatan Presiden jika mereka layak.

Pelawaan tersebut dinyatakan beliau semasa ditemui bagi mengulas mengenai Perhimpunan Agung Khas UMNO pada 15 Mei ini.

“Setelah saya buka peluang bertanding, kenapa saya perlu khuatir? Sesiapa sahaja boleh bertanding mengikut syarat-syarat yang melayakkan untuk bertanding” – Zahid Hamidi

Esok, Perhimpunan Agung Khas UMNO akan diadakan bagi mengabsahkan usul perwakilan Umno yang telah dicadangkan dalam PAU2021 lepas.

Ini membolehkan pemilihan jawatan Umno dilakukan dalam tempoh 6 bulan selepas Pilihanraya Umum Ke-15 dilaksanakan.

Perhimpunan Agung Khas Umno esok juga diserikan dengan sambutan Aidifitri.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker