“Kita sudah siap sedia untuk PRU15” – Hishamuddin

Hishamuddin Hussein Onn – Menteri Kanan Pertahanan

Ketua Umno Sembrong merangkap Menteri Kanan Pertahanan, Dato Seri Hishamuddin Hussein menyatakan Umno sudah bersedia untuk pilihanraya umum.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sebelum memasuki Dewan Merdeka sempena Perhimpunan Agung Khas Umno semalam.

Hishamuddin menegaskan Umno kini bertambah stabil dan berharap dapat diperkukuhkan di masa hadapan.

“Yang paling penting untuk parti ialah untuk bersiap sedia apabila parlimen dibubarkan”

Beliau turut memberi respon apabila ditanya bila parlimen akan dibubarkan. 

“Bukan hak saya (Menteri kabinet) untuk menentukan bila parlimen dibubarkan” – Hishamuddin Hussein.

Kenyataan ini memberi gambaran bahawa kabinet tidak menentukan bila parlimen akan dibubarkan memandangkan itu adalah hak Perdana Menteri.

“Yang penting bagi saya, kesediaan kita mulai dari pilihanraya-pilihanraya negeri lagi, itu momentum kita perlu teruskan” – Hishamuddin

RUU Anti Lompat Parti sebelum PRU15 – Azalina

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker