Mbappe buat keputusan

PARIS:  Kylian Mbappe berkata dia sudah “hampir” membuat keputusan sama ada akan kekal di Paris Saint-Germain atau meninggalkan juara Perancis itu untuk ke Real Madrid.

“Ya, sudah hampir” katanya ketika ditanya sama ada dia sudah membuat pilihan selepas menerima anugerah pemain terbaik tahunan di Paris buat tahun ketiga berturut-turut, hari ini.

Penantian untuk melihat berlakunya perpindahan buat pemain berusia 23 tahun itu ke ibu kota Sepanyol atau kekal di PSG bagi mencari gelaran Liga Juara-Juara “hampir berakhir” katanya.



Dia merancang untuk “mengumumkan” keputusannya sebelum Perancis berdepan Denmark pada aksi Liga Negara-Negara 3 Jun ini.

Katanya: “Cerita saya akan berterusan, saya mahu terus menang, saya tidak pernah berpuas hati, dan itu bagus.”

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah kapten PSG, Marquinhos yang hanya memberi komen mengenai isu itu dengan berkata: “Saya harap musim depan dia akan menang trofi ini sekali lagi.”

Minggu lalu akhbar Perancis melaporkan bahawa pemenang Piala Dunia itu sudah bersetuju secara asanya untuk kekal di PSG untuk tiga tahun lagi.



Ia bagaimanapun dinafikan ibunya.

Mbappe tidak berahsia mengenai keinginannya bermain buat Real satu hari nanti dengan kelab itu mara ke final Liga Juara-Juara selepas memastikan gelatan liga Sepanyol buat kali ke-35.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button