Kita berhenti bukan tanda kita kalah – Tunang Zarina Anjoulie

 

Oleh : Pena Merah

Kita berhenti bukan tanda kita kalah - Tunang Zarina Anjoulie
Zarina Anjoulie dan tunangnya,Datuk Seri Khazrul Ezley

KUALA LUMPUR : Tunang Zarina Anjoulie, Datuk Seri Khazrul Ezley, menasihatkan pelakon tersebut supaya berhenti bergaduh atau membuat kenyataan balas terhadap ‘serangan-serangan’ Fatiya Latiff di media sosial.

Menurut Khazrul, dia percaya, bukan satu tindakan yang bijak untuk membalas cara yang sama seperti Fatiya apalagi setiap perkara yang dipaparkan di Internet bersifat kekal dan dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi masing-masing.



“Saya ada baca banyak cerita mengenai mama (nama panggilan Zarina) tapi saya harap mama berhenti. Tak apa, kita berhenti bukan tanda kita kalah tetapi tanda kita bijak.

“Bukan tahap awak untuk berlawan dalam media sosial. Kita bersedia jika dia (Fatiya) nak saman di mahkamah. Jangan risau, saya juga tak nak awak bergaduh dalam media sosial sebab ia akan tersimpan sampai bila-bila hingga anak cucu cicit pun boleh tahu benda lepas-lepas.

“Jangan keruhkan keadaan, saya tak salahkan mama, mungkin cara mama betul tapi saya nak awak berhenti,”katanya dalam satu hantaran video di Instagram, semalam.

Selain itu, usahawan itu turut menggelar Fatiya sebagai ‘budak senget’ dan meminta Zarina supaya tidak melayan kerenah pelakon tersebut dan banyakkan bersabar.



“Saya tak tahulah, dia macam budak senget saja mama. Begitulah kita panggil dia. Mama relaks sahaja, bertolak ansur sikit. Jaga nama baik papa sebab dalam dunia korporat, semua orang kenal papa dan tahu pasal kita.

“Saya tak nak keruhkan keadaan. Bos saya pun ada bertanyakan hal ini dan saya kena jelaskan padanya. Cukuplah, jaga nama baik kita, keluarga dan anak-anak. Dia bukan setara dengan awak mama.

“Apa yang sudah berlalu, sudahlah. Dia nak cakap apa pun, cakaplah sebab saya tetap dengan awak. Tiada siapa boleh pisahkan kita. Banyakkan bersabar dan beristighfar, awak boleh lakukannya,”katanya.

Dalam pada itu, Khazrul turut memberi semangat kepada tunangnya itu agar tidak perlu berasa bimbang seandainya berdepan dengan saman daripada Fatiya.



Katanya, urusan itu boleh diselesaikan namun apa yang lebih penting adalah harapannya supaya Zarina meletakkan fokus kepada hal akhirat berbanding duniawi.

“Lantaklah dia, kita tunggu di mahkamah, tak ada masalah. Jangan nanti dia tak boleh bayar saman kita pula. Nak saman sampai dia bankrup pun boleh, ini semua dunia.

“Kita tak payah kejar dunia. Kita kejar akhirat. Kenapa kita nak kejar sangat jumlah pengikut? Tak perlu pengikut berjuta kalau otak bodoh dan senget. Kita orang bijak, dilahirkan dalam keluarga bijak pandai, jadi kita lupakan.

“Benda yang remeh macam ini akan jadi lebih teruk, jadi kita baik diam saja,”nasihatnya.



Terdahulu, beberapa hari ini, Fatiya mencetuskan kontroversi untuk permulaan tahun baharu apabila dikatakan cuba menuai perhatian ramai dengan cara ‘mencari pasal’ dengan pelakon, Zahirah Macwilson dan suaminya yang merupakan bekas kekasihnya sebelum ini, Aiman Hakim, di media sosial.

SUMBER – UTUSAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading