JKM cari Ibu kandung Penny

Putrajaya: Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Cawangan Subang Jaya sedang mengesan waris seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan kepada sebuah keluarga pada 2020.

Pegawai Pelindung, Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya,Wan Auni Sabihah Wan Mustafa berkata, siasatan mendapati kanak- kanak berbangsa China bernama Penny berusia kira-kira empat tahun itu ditinggalkan oleh ibunya kepada sebuah keluarga.

Menurutnya,sejak ditinggalkan dalam jagaan keluarga itu, ibu kandung kanak-kanak terbabit tidak pernah melawat anaknya serta tidak dapat dikesan sehingga kini.

Katanya, hasil siasatan, tarikh kelahiran kanak- kanak itu juga tidak dapat dipastikan dan ibu kandungnya adalah warga Thailand.

“Selepas menyerahkan kanak-kanak itu ibunya menghilangkan diri sehingga ke hari ini dan tiada dokumen diri serta sijil kelahiran,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi di talian 03-56343095 atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker