Ten Hag sudah sedia hadapi kritikan

LONDON: Erik Ten Hag berkata dia sudah bersedia menghadapi pebagai kritikan sebagai bos baharu Manchester United.

Setiap pengganti Sir Alex Ferguson sudah berdepan legenda kelab seperti Gary Neville, Roy Keane, Paul Scholes dan Rio Ferdinand yang membuat analisis mengenai perkara salah dilakukan mereka.

Ten Hag mengakui dia juga bakal dipantau pada tahap yang sama sekali berbeza dengan apa yang dihadapinya bersama Ajax di Belanda.

Ten Hag berkata: “Mungkin kritikan itu lebih teruk.



“Kelab ini ada peminat yang besar dan lebih dikenali berbanding Ajax, kerana England lebih besar, Liga Perdana jauh lebih besar dan secara asasnya, semuanya lebih besar.

“Berbanding Belanda ia faktor kedua, ketiga, empat atau mungkin lebih lagi.

“Bagaimanapun saya bernasib baik kerana kini saya dapat tahu lebih banyak bagaimana untuk berdepan perkara itu.”

Ketika dia mengakui perkara itu boleh memberi kesan kepada pemain dan ia sudah berlaku di Old Trafford, dia mahu memastikan ia tidak lagi akan mendatangkan kesan sama.



Katanya: “Itu akan mendatangkan impak, tetapi ia tidak sepatutnya mempengaruhi bilik persalinan.”

Ten Hag sudah memulakan tugas bersama United minggu ini selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Ajax.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker