Wanita Kantoi Ada 2 Suami, Suami Nekad Lafaz Talak 3

Tindakan seorang wanita, 28, dari Cianjur, Indonesia yang dipercayai mempunyai dua suami secara rahsia mengundang padah apabila penduduk kampung bertindak membakar bajunya dan memarahinya sebelum video kejadian tersebut tular di media sosial.

Menerusi laporan Tribun News, kegiatan tidak bermoral wanita dikenali sebagai NN akhirnya diketahui oleh ahli keluarga dan penduduk setempat. Bagaimanapun suami sah NN, TS, 42 baru sahaja mengetahui isterinya berkahwin dengan seorang lelaki lain, UA, 32.

Menerusi video tersebut dapat dilihat puluhan penduduk kampung yang berada di hadapan rumah TS dan NN sebelum bertindak membakar pakaian milik NN. Ujar pihak polis, kejadian tersebut berlaku pada Rabu yang lepas, jam 10 pagi waktu tempatan. Pada mulanya TS bertindak mengeluarkan baju milik isterinya selepas tindakan curangnnya diketahui.

Selepas daripada insiden tersebut, NN dilaporkan meninggalkan Kampung Tanjungsari serta suaminya yang sah dan wanita ini menceritakan dia telah berkahwin dengan dengan UA sejak Disember tahun lalu. Susulan daripada itu, TS menjatuhkan talak tiga dan wanita ini akui menyayangi kedua-dua suaminya.

Bercerita lebih lanjut, NN sebelum ini pernah meminta supaya suaminya membeli sebuah motosikal dan memberikan alasan kenderaan tersebut digunakan berikutan bekerja di luar kampung pada setiap pagi. Bagaimanapun NN didakwa sama sekali tidak bekerja sebelum TS mengetahui isterinya mengamalkan poligami.

Saya ikhlas, encik, saya juga telah menjatuhkan talak tiga untuk isteri saya, semalam saya berunding dengan keluarga dan keputusannya perlu diselesaikan.

Ya, saya akui saya emosi, tetapi ramai keluarga yang tenang, Alhamdulillah sekarang saya sabar dan ikhlas.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NDOROBEII (@ndorobei.official)

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker