Wanita Kongsi Detik Seram Entiti Putih ‘Tunggu’ Depan Rumah

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan situasi seram yang dilalui sebuah keluarga yang mendakwa melihat penampakan satu sosok misteri berwarna putih sedang duduk di berenda sebuah rumah.

Kelibat entiti depan rumah

Difahamkan, rumah tersebut adalah rumah yang sudah lama tidak berpenghuni. Menurut individu yang memuat naik video tersebut iaitu Hanifah Syatiri mendakwa bahawa individu yang berada di dalam kereta berkenaan merupakan adiknya bersama isteri dan anak-anaknya. Menurut sumber, mereka dikatakan berada di kawasan tersebut kerana mahu menziarahi kubur arwah bapa tercinta tetapi lain pula yang jadinya apabila mereka ternampak entiti misteri itu ‘muncul’ di hadapan rumah ibu bapa mereka.

Ini cerita sebenarnya, ini adik aku dan isterinya yang ingin menziarahi ke makam ayah kami sekitar jam 8.30 malam. Rumah itu rumah orang tua kami yang kosong kerana ibu kami yang tinggal di situ pindah rumah dan (individu) yang menguruskan rumah lupa untuk menghidupkan lampu. Dari jalan rumah apabila dihalakan lampu, auto jelas ya.

Menerusi video yang dikongsikan, kedengaran suara kanak-kanak yang berada di dalam kereta itu sedang menangis ketakutan sambil ditenangkan oleh ibunya. Bukan itu sahaja, sesekali terdengar si ibu membacakan ayat Kursi sebagai pendinding diri. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut serta sumbernya.

Video yang dikongsikan itu telah mendapat hampir 16 juta tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada di antara netizen seakan kurang percaya dan yakin bahawa entiti berwarna putih itu bukanlah makhluk halus seperti yang didakwa sebaliknya itu adalah kelibat manusia.

Video

 

 

@hanifahsyatiri @HanifahsYatiRi..Ini cerita aslinya gaes..ini adiK aKu&istrinya,yang mau ziarah ke maqom aYah kaMi,(sekitar jam 20:30)dan itu rumah orang tua kami yang kosong,krn ibu kami yang menempati pindah rumah..dan yang mengurus lupa hidupkan lampu..!!🥶dan dari jalan rumah bagian samping langsung terdorong lampu,auto jelas dong ya..!!#Fypdoong##Nyalakanlampu##KalauMalam ♬ suara asli – Hanifah Syatiri

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker