2 Tahun Kenal Tunang Dekat PUBG

Pernah dikecewakan oleh seorang lelaki empat tahun lalu, bukan alasan bagi seorang gadis untuk tidak membuka hatinya kepada calon baharu yang dikenali menerusi platform permainan atas talian PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG). Tahniah!

Menerusi video pendek dikongsi seorang gadis dikenali sebagai Qasehannis, memperincikan momen-momen berkenalan bersama teman lelakinya sebelum mereka mengambil keputusan untuk bertunang.

Difahamkan, pasangan ini mula berkenalan pada tahun 2020 di aplikasi PUBG dan sepanjang setahun perkenalan tersebut mereka sama sekali tidak berjumpa mahu pun membuat panggilan video seperti pasangan-pasangan yang lain.

2018 Dipatahkan oleh seseorang.

2019 Single.

2020 Bertemu di PUBG.

2021 Tanpa jumpa, tanpa video call.

2022 Tanpa jumpa terus menjadi tunangan dia.

Selepas dua tahun berkenalan, pasangan ini masih tidak berjumpa antara satu sama lain dan terus mengikat tali pertunangan. Video yang mendapat hampir 200k tontonan meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang turut teruja dengan kisah percintaan pasangan muda ini.

2022 tanpa jumpa terus menjadi tunangan dia. Alhamdulillah 2 tahun pertahankan hubungan. InsyaAllah tengah usaha menjadi yang halal untuk dia.

 

 

@qasehannis Alhamdulilah 2tahun pertahankan hubungan insyallah tengah berusaha menjadi yang halal tok dia❤️ #fypシ゚viral #fypsounds #viraltiktok #RancakRaya #raya2022 #queenstrike #luckystrike #fypage #mentionyourlove❤️💍 #fyp ♬ bunyi asal – 𝓪𝓶𝓼𝔂𝓪𝓻 𝓳𝓸𝓱𝓪𝓻𝓲 👾

Qasehannis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker