43 penduduk Kampung Rantau Panjang dipindahkan
Sejumlah 43 mangsa membabitkan 14 keluarga di Kampung Rantau Panjang, di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman masing-masing dinaiki banjir semalam.
Semua mangsa membabitkan 49 dewasa termasuk enam warga emas serta 10 kanak-kanak dan seorang bayi kini ditempatkan di PPS di Dewan Orang Ramai Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) di Bestari Jaya, di sini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Mohd Khairul Sobri Abdul Rahim berkata, hujan lebat berterusan selama beberapa jam menyebabkan air melimpah deras bermula jam 11 pagi semalam dan memasuki kediaman penduduk.
“Ketinggian air semasa kejadian mencecah satu meter dan ketika ini dengan semua mangsa masih ditempatkan di PPS yang dibuka,” katanya.
Khairul Sobri berkata, ketika ini cuaca dalam keadaan baik dan pemantauan berkala dijalankan pelbagai agensi terbabit di kawasan yang terjejas banjir.
BHOnline