Budak Sekolah Campak Beg, Menyusup Masuk Pagar Gaya Komando

Di TikTok, viral perkongsian video memaparkan aksi seorang kanak-kanak menyusup masuk ke pagar kawasan rumah selepas pulang dari sekolah.

Apa yang menarik perhatian netizen apabila kanak-kanak perempuan itu mencampak beg, melompat dan melintasi pagar ala-ala komando terlatih.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok @amirazuadialiff, selepas pintu van sekolah dibuka, kelihatan seorang kanak-kanak turun. Tidak lama selepas itu, ada satu beg dicampak dari dalam van dan seorang lagi kanak-kanak melompat keluar.

 

 

@amirazuadialiffFyp

♬ bunyi asal – pipshunterz7

 



Difahamkan, ibu bapa kepada kanak-kanak ini bekerja sebagai askar dan disebabkan itu dia ‘bersemangat’ lain macam. Patutlah!

Netizen mula terhibur selepas melihat kanak-kanak itu menyusup pagar dengan gaya yang ‘unik’ dan bersahaja. Yang penting beg dicampak macam nak turun helikopter!

TikTok @amirazuadialiff

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker